Saturday, August 7, 2010

15/12/2007


Unforgetable Moment :D





Gandingan yang ideal..


Gambar 2


Dua orang flowergirl.


Barisan flower girl yang comel comel belaka...



Semasa berada di atas pelamin...
Senyum....


Ditulis oleh ; Nur Sahira Shaiful Azhar (:

Siap.

Hello :D


Akhirnya,sesi meng-edit blog makusu dah siap. Semua SAHIRA yang edit :D
Yayyy! Haha xD

Tuesday, March 16, 2010

6th


diri ini


aku merupakan anak bongsu...memangla orang kata anak bongsu ni manja tapi aku tak rasa aku ni manja...sebab mak n abah kerja jadi takla dimanjakan sangat....kasih mak n abah sama je tuk anak2 dorang...


aku dilahirkan pada 5.25 ptg pd 7 Jun 1979....bersekolah di SRKC sehingga darjah 6...kemudian ke SMSW sehingga tingkatan 3..lepas PMR aku ke SMT Kuantan...


aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ITTHO yang kini dikenali UTHM...belajar 3 tahun dan terus bertugas di Politeknik Port Dickson....


Bertemu jodoh ngan orang Melaka....skrg kami menetap di PD...

5th






kak bie....



ini kakak yang kedua last....masa kecik diberi gelaran ' baby' kononnya dia yang bongsu..tup tup ada lagi kuar lagi sorang...aku la tu...





dilahirkan pada 15 Mei 1972....mendapat pendidikan awal di SRKC sehingga darjah 6...ke sekolah Sains Raub sehingga tingkatan 5 sebelum melanjutkan ke UUM....kini bertugas di Digi Telecommunication...

berkahwin dengan orang Klang dan memiliki seorang anak lelaki....

4th




kak teh....

anak ke 4 puteri ke2 yang dilahirkan pada 25 Julai 1969.....orangnye kecik molek jer...dah beranak pinak pun maintain jer..hahha...


mendapat pendidikan awal di SRKC kemudian ke SMC...lepas SPM ke UITM Kuantan dan Shah Alam..

sekarang ni kerje di bank rimau kawanku....MAYBANK...


berkahwin dengan orang kelantan dan mempunyai 4 orang putera....agaknya semua putera tu yang makin kecik...:-)

3rd

kak lang..

merupakan anak ketiga yang merupakan puteri sulung....
dilahirkan pada 15 Feb 1968....melanjutkan pelajaran ke UUM dan mengambil jurusan akaun... kemudian mengambil diploma pendidikan di IPDA...


selepas beberapa tahun berkhidmat, melanjutkan pelajaran ke UKM dan kini bertugas sebagai pensyarah di IPIK,Cheras....

berkahwin dengan orang kuala lipis...kini memiliki 5 orang cahayamata....

2nd

abang ngah.....

dilahirkan pada 6 oktober 1966....mendapat pendidikan awal di SRKC kemudian di SMC...melanjutkan pelajaran ke UPM...mula2 wat Dip Perhutanan kat Sarawak..sambung di Serdang...lepas abis belajar pernah jadi guru sandaran..ada dlm beberapa bulan, pastu terus g kerja kat kl, terus tukar bidang..


berkahwin dgn orang kl dan mempunyai 2 orang puteri...Shasha Syafiqah dan Nur Sahira sekarang menetap di keramat...

1st





abang long......

dilahirkan pada 18 september 1965



mendapat pendidikan di SRKC dan SMC..kemudian ke UM..dulu dia bercita-cita nak jadi DO...last2 jadi cikgu....
kini bertugas sebagai Pengetua di sebuah sekolah menengah di sandakan sabah....dah lama dah abg long dok sabah..dari tahun 1988...seingat aku masa aku darjah 3...skang ni aku pun dah keje 10 tahun, jadi berapa lama dia kat sana...
abg long berkahwin dgn orang sandakan...kakak iparku juga seorang guru...kini mereka mempunyai 3 cahayamata, 2 lelaki n 1 perempuan....Muhd Nurhaziq, Muhammad Hazim dan Nur Hazwani...







mummy n daddy....


ini adalah mak n abah....

mak berasal dari kg chengkau,rembau, n9..merupakan anak ke4 dari 7 beradik....berhijrah ke pahang mengikut kakak sulung...

abah pulak memang orang jati pahang....kg abah kat Kg Jeransang,Benta K.Lipis...
mereka berkahwin pada 16 Ogos 1964 di Rembau,N9...alhamdulillah mereka dikurniakan 6 orang cahayamata...2 putera n 4 puteri....kini semua anak2 telah mempunyai kerjaya masing2....

terima kasih mak n abah kerana mendidik kami sehingga menjadi manusia yang berjaya dan sempurna....bukan wang ringgit yang kami perlukan cuma kasih sayang serta doa mak n abah yang akan menjadi perangsang kepada untuk meneruskan kehidupan ini....

semoga mak n abah akan dilindungi Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik